Kembali ke India (1897-1899) Swami_Vivekananda

Pada15 Januari 1897, Vivekananda mendarat di Colombo, Sri Lanka. Kedatangan beliaudisambut dengan bangga oleh penduduk-penduduk Colombo. Beliau memberikanucapannya yang bertajuk “India, the Holy Land”. Dari Colombo, Vivekananda meneruskanperjalanan ke Calcutta melalui Pamban, Rameswaram, Ramnad, Madurai, Kumbakonam dan Madras. Semasa berada di Madras (kini Chennai), Vivekananda tinggal di Ice House (kini dikenali sebagai 'Vivekanandar Illam'). Beliau mengambilkesempatan ini untuk membangkitkan semula negaranya. Beliau memberikanceramah-ceramah yang penuh bersemangat. Orang biasa dan juga raja-rajamemberikannya sambutan yang penuh memberangsangkan. Semasa, beliau meneruskanperjalanan dengan keretapi, kerap kali orang ramai duduk di atas landasankeretapi untuk menghalang keretapi bergerak. Mereka tidak sanggup membenarkanVivekananda hilang dari pandangan tanpa mendengar suaranya. Bagi meneruskan kerja-kerjanya di India Selatan, Vivekananda menghantar seorang saudara segurunya, Swami Ramakrishnananda ke Madras.

Dari Calcutta, Vivekananda meneruskanperjalanan ke Almora. Semasa berada di Barat, Vivekananda bercakap tentangkeagungan tamadun India. Di India pula, beliau sering bercakap tentang isu-isusosial, pembangunan masyarakat, pembaharuan sistem pendidikan, perkembangan sainsdan pengindustrian. Ceramah-ceramah ini yang menunjukkan ideologi rohani dan semangatkebangsaan Vivekananda telah diterbitkan dalam “Lectures from Colombo to Almora”.

Penubuhan Ramakrishna Mission

Pada 1 Mei 1897, Vivekananda menubuhkanRamakrishna Mission di Kolkata. Melalui Ramakrishna Mission, rahib-rahib dan pengikut-pengikut Sri Ramakrishna yang telah berumah tangga mula melakukan pelbagai aktiviti untuk perkembangan rohani dan sosial. Motto pertubuhan ini adalah Atmano Mokshartham Jagad Hitaya Cha - “Demi Kebebasan sendiri dan untuk kebaikan dunia”. Ideal pertubuhan ini adalah berdasarkan kepadaKarma Yoga dan ia bertujuan untuk melakukan kerja-kerja sosial. Badan pentadbiranRamakrishna Mission ialah pemegang amanah Ramakrishna Math (yang menjalankankerja-kerja keagamaan). Ibu pejabat kedua-dua Ramakrishna Mission danRamakrishna Math terletak di Biara Belur (Belur Math). Dua buahbiara lain, iaitu Advaita Ashrama di Mayavati (di pergunungan Himalaya) dan diMadras (di India Selatan) juga dimulakan ketika ini. Bagi tujuan penyebaran ajaran Sri Ramakrishna, dua jurnal iaituPrabuddha Bharata dalam bahasa Inggeris dan Udbodhan dalam bahasa Bengali turut dimulakan. Padatahun yang sama, kerja-kerja bantuan kemarau dimulakan oleh Swami Akhandanandadi daerah Murshidabad.

Semasa dalamperjalanan pertamanya ke benua Amerika, Vivekananda telah mendorong Jamsetji Tata untuk memulakan sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan. Tata menulissepucuk surat kepada Vivekananda dan mengingatkannya tentang ini. Tata jugameminta Vivekananda untuk menjadi ketua Research Institute of Science yangtelah dimulakannya. Vivekananda menolak tawaran ini kerana ianya akanbertentangan dengan kepentingan rohaninya.

Selepas melawatPunjab, Lahore, Delhi dan Khetri, Vivekananda kembali ke Calcutta dalam Januari1898. Beliau menyatukan kerja-kerja di biara dan latihan kepadapengikut-pengikutnya. Pada tahun yang sama, beliau mencipta "Khandana Bhava–Bandhana", sebuah lagu pujian Sri Ramakrishna dalam bahasa Bengali yang masih dinyanyikan sewaktu sembahyang di semua kuil-kuil Sri Ramakrishna.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974